• logo-rasmi

    Jabatan Landskap Negara

    Kementerian Wilayah Persekutuan

    +603-4047 0000 | +603-4045 2415 | kpjln.kpkt@1govuc.gov.my

Soalan Lazim

 

  1. Apakah itu Sistem eLANDSKAP?

Sistem eLandskap adalah Sistem Pengurusan Maklumat Landskap yang dapat membawa kepada penyediaan sebuah pusat maklumat dan data landskap seluruh Negara yang komprehensif serta dapat dicapai secara web based.

 

  1. Mengapa Sistem eLandskap diwujudkan?

Sistem eLandskap diwujudkan sebagai pemudah cara bagi penggguna sistem di dalam membuat penilaian, analisis, unjuran serta kajian mengenai pelbagai aspek pelandskapan di seluruh negara;

 

  1. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Sistem eLandskap?

Umumnya, Sistem Portal eLandskap boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhimatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli atau pentadbir sistem.

 

  1. Apakah antara Program Utama Perkhidmatan Jabatan Landskap Negara? 

Antara program utama Jabatan Landskap Negara adalah Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi.

 

  1. Apa itu Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi?

Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi merupakan program utama jabatan yang melaksanakan arahan kerajaan supaya dibangunkan taman-taman awam yang berfungsi dan indah. Disamping itu juga pembinaan Taman Awam mini adalah untuk memupuk dan membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di bawah program ini terdapat 4 projek pembangunan yang terdiri daripada:

  • Pembangunan Taman Awam Baru
  • Naik Taraf Taman Awam
  • Pembangunan Taman Persekutuan
  • Pembangunan Rekreasi Awam

 

  1. Apakah itu Program Pengurusan Landskap?

Pengurusan Landskap merupakan eleman penting bagi memastikan kaedah tanaman dan landskap sentiasa dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik. Antara sub program yang terdapat di bawah program ini adalah:

  • Penyelenggaraan Taman Awam dan Landskap
  • Pembangunan Unit Penyelenggaraan
  • Pembangunan Piawai Pengggunaan Pengurusan Landskap

 

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon peruntukan penyelenggaraan bagi projek-projek taman awam dan landskap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

Permohonan peruntukan penyelenggaraan bagi projek-projek taman awam dan landskap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh dibuat melalui surat permohonan yang dilampirkan bersama-sama dokumen sokongan. Sebarang permohonan boleh diajukan di alamat berikut:

 

Ketua Pengarah

Jabatan Landskap Negara

Tingkat 7, Plaza Permata IGB

Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-4047 0000

No. Faks: 03-4045 2415